loading...
SerUnique.com - Sahabatku semua, Jumpa lagi dengan artikel terbaru di blog Unik dan Aneh. Berita yang sangat aktual, seru, unik dan aneh akan dipaparkan pada anda. Silahkan simak info tentang OMG! - LELAKI CHINA KORBANKAN DIRI BUAT MAKANAN HARIMAU Semoga bermanfaat dan anda terhibur sekali. Simak ya... Jangan lupa Follow Twitter admin di @Share_Doang Google Plus +Mukti Effendi dan Facebook Fans di SeruniqueCom
Seorang lelaki bernasib baik kerana masih hidup selepas dia bertindak bodoh untuk memberi makan harimau di zoo Chengdu, China. Lelaki berusia 20 tahun itu memanjat pagar dan melompat masuk ke kandang harimau Bengal putih pagi semalam. Dia kemudiannya mula menjerit dan menari bagi menarik perhatian harimau itu.
Harimau betina yang ketakutan dengan tindakan lelaki itu beredar merapati dinding kandang, namun seekor harimau lain bergerak menuju ke lelaki itu sebelum menerkam dan mengheretnya sejauh beberapa meter. Beberapa petugas zoo segera masuk ke dalam kandang bagi menyelamatkan lelaki itu selepas berjaya mengawal harimau berkenaan.
Yang mengejutkan, lelaki itu diiringi polis keluar tanpa kecederaan. Apabila ditanya mengenai tindakannya lelaki berkenaan menjawab dia hanya mahu memberi harimau itu makan. Beg galas yang dibawa lelaki itu ketika berdepan dengan harimau itu didapati penuh dengan nasi.
“Jika harimau itu dari spesis Siberia, kita tak dapat bayangkan keadaan lelaki itu, Dia juga bernasib baik kerana harimau di dalam kandang itu baru selesai makan, jika tidak...,” kata petugas zoo.
Seorang pengguna Internet berkata, jika harimau itu tidak makan selama dua hari ketika kejadian itu, ceritanya akan jadi lebih tragik seperti mana yang dialami seorang penjaga zoo pada 2010 yang dibaham harimau Bengal selepas petugas terlupa memberi haiwan itu makan sehari sebelum itu. - Agensi
Rekan serunique.com, Memang hebat lelaki china nie masuk kandang harimau dan keluar tanpa kecederaan, tetapi dengan tindakan bodohnya boleh mendatangkan maut
SUMBER : HarianMetro
Rekan serunique.com, Memang hebat lelaki china nie masuk kandang harimau dan keluar tanpa kecederaan, tetapi dengan tindakan bodohnya boleh mendatangkan maut
loading...
0 Response to "OMG! - LELAKI CHINA KORBANKAN DIRI BUAT MAKANAN HARIMAU"
Posting Komentar
Silahkan anda berkomentar dan juga memberikan kritik untuk perbaikan blog ini. Maaf, Komentar yang tidak berhungungan dengan artikel atau hanya pengen beriklan, akan dihapus. Komentar langsung tayang.